Monday 17 December 2012

Kerja


Apa yang ditimbal balik dalam sesebuah presentation adalah isi kandungannya. Ya, cara penyampaian adalah ibarat pembuka selera bagi memupuk minat audien agar 'hang' sehingga ke akhir pembentangan. Selepas itu barulah diwujudkan Q n A untuk memperjelaskan lagi pemahaman tentang sesuatu idea itu.
Sekilas pandang, isi atau matlamat adalah jauh lebih penting daripada selainnya tetapi cara penyampaian, malah si penyampai turut memainkan peranan besar dalam mengumpul merit. Mukadimah, cara berpakaian, bahasa yang digunakan, tutur kata dan kelajuan, contoh-contoh yang dipersembahkan, isi kertas kerja kadang-kala jatuh nombor dua daripada rupa kertas kerja itu sendiri. Pelan minda jika perlu, warna, gaya, cara..etc..
Sumber : Pembentangan, Penyampaian dan Psikologi Persekitaran; 2011, Dr.S.Razily.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Aku tolak buku ke tepi. Aku tekupkan muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Hujung minggu yang menyesakkan. Tinggal 4 jam lagi untuk masuk ke hari Ahad. Aku ke luar pejabat, mencari kelibat En. Rahman yang memulakan shift pada pukul 7 tadi.

"Eh, En. Aniq tak balik lagi?" sapa En. Rahman yang muncul dari arah bilik Ros 1 sambil melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Berkopiah dan berselipar tandas. Baru lepas solat Isya' mungkin.

Aku menggeleng kepala, "Belum En. Rahman" balasku sambil tersenyum.

"Tak balik kampung lagi ke minggu ni?" soalnya lagi sambil mengerutkan dahi, memerhatikan riak gelisah dan keletihan di wajahku.

"Patutnya balik, tengoklah kalau siap dah kerja tu nanti saya terus balik lah"

En. Rahman cuma mengangguk.

"Oh ya En. Rahman, ada nampak Cik Kalisa dengan En. Zairi tak?"

"Oh katanya pergi beli makan tadi?"

"Ha'ah ye tapi dah dekat sejam ni"

"Mungkin ramai orang kedai tu maklumlah malam minggu. Eh En. Aniq kalau balik kampung nanti jangan lupa rempah mi bandung ya, orang rumah pesan 1 kotak" balas En. Rahman lagi.

"Ha ha yelah En. Rahman InsyaAllah. Saya ke surau dululah ye"

"Ha yelah, eloklah tu dah 9 lebih ni. Nanti kalau diorang dah balik saya intercom pejabat jelah" balas En. Rahman dalam loghat Jawa yang pekat.

"Ok terima kasih En. Rahman"

Bebanan kerja, sendirian, misi yang pelbagai, jauh dari keluarga biarpun jarak yang cuma 2 jam perjalanan, hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk keluarga, tidak termasuk desakan rakan-rakan lagi. Aku berperang dengan diri sendiri. Belum ada masa lagi untuk memikirkan tentang teman hidup. Aku harus mengukuhkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum semuanya. Tanggung jawab, atas dasar tanggung jawab. Sepi itu ada, indahnya jika berkongsi hidup tetapi..ahh..tiada siapa pun yang mengerti.

"Allahuakhbar"

Sesibuk mana pun.

Tuesday 27 November 2012

Tria



"Assalamualaikum, Aniq free harini?". Tenang suara di hujung talian sana bertanya.
"Kalau free kenapa?"

*****

Tria kelihatan gembira. Kami bertukar-tukar cerita hari-hari yang kami masing-masing jalani. Kerja, hal di tempat kerja, cuaca.. Tiada lagi hal 'jangan buat muka comel please' atau 'sayang, rambut u dah panjang'. Perbualan yang rancak tadi menjadi sepi beberapa ketika dan kami seakan-akan sepakat menyanyikan korus Mungkin Nanti dendangan Peter Pan. Entah apa yang ada di fikiran masing-masing. Jelas kelihatan kami cuba untuk tidak membicarakan hal-hal yang mungkin mematikan mood cuti kami. Aku curi-curi toleh ke kiri, Tria memandang ke luar tingkap. Jauh betul pandangannya. Dia yang selalunya membuat pelbagai mimik muka, dia yang selalu pura-pura merajuk meminta perhatian agar dipujuk, dia yang biasanya melompat-lompat girang di sebelahku, kini hanya membisu dan sesekali menoleh ke arahku dengan wajah yang diam tanpa bicara.

"Aniq, u sayang Tria tak?" Tria tiba-tiba berbicara memecah kesunyian.

Aku menoleh ke kanan, kereta yang kami naiki baru sahaja dipintas oleh sebuah kereta jenis Volkswagen lama berwarna putih susu dan plet "Happily Married" yang tertera di belakangnya. Aku toleh ke kiri.

"Sayang"

"Kalau sayang kenapa u tinggalkan Tria?" 

Wajah gadis di sebelahku sugul, penuh pengharapan dan tanda tanya. Masakan aku tidak sayang pada gadis ini yang selalu meniupkan kata-kata semangat buatku, peminjam bahu bagi keluh kesahku disaat seluruh dunia menafikan kehadiranku, peneman dikala sunyiku.

"Tria, it's been 4 months dan kita janji taknak ungkit cerita lama kan? Aniq keluar dengan Tria ni pun sebab Tria kata Tria bosan dan janji taknak sebut hal yang lepas." Aku terpaksa bertegas.

"But it's weird Aniq. You're not seeing anyone, takde girlfriend lain so tak ada sebab u buat Tria macam ni. I still think that it's unfair".

Aku mematikan enjin kereta.

"Dah sampai. Jom".
"Kita buat apa kat sini?"
"Tria kata nak jalan-jalan, jomla jalan".

Tria menggeleng kepala perlahan tanda tidak mahu. Wajahnya muram.

"Terlalu banyak kenangan kat sini", katanya perlahan sambil merenung ke bawah.

"Tria, kadang-kadang kita perlu hadap perkara yang paling menakutkan kita untuk menjadi lebih berani. Kenangan itu untuk dilupakan, bukan untuk dikenang Tria. Kita mesti terus berjalan". Aku cuba memujuk Tria.

"Tahu apa ada kat depan sana?" Aku menunjuk ke arah hadapan.

"Ada badut main bola warna warni?", Tria sedikit melonjak dengan wajah yang gembira selalunya dia. Namun kembali muram seberapa ketika lantas menggeleng kepala.

Aku senyum dan cuba meyakinkan Tria, "Sebab tu kita harus terus berjalan. Kalau kita berdiri kat sini je, kita takkan ke mana-mana dan sia-sialah perjalan kita tadi".
Tria hanya diam membisu.

"Tria tunggu sini kejap, Aniq nak ke surau tu".

Tria cuma mengangguk.
"Tak sekali?"
"Tak, uzur."

*****

Aku sengaja berjalan laju, meninggalkan Tria 3 meter di belakang. Tiada lagi langkah beriringan, tiada lagi tangan halus yang merangkul lenganku. Aku mahu melihatnya lebih berdikari biarpun setelah aku tiada di sisi. Sesekali aku melirik ke belakang, untuk tidak kehilangannya dari pandangan. Sedih juga hati ini melihat Tria yang kelihatan tergesa-gesa sewaktu berjalan dan bertembung dengan pejalan kaki dari arah bertentangan. Gadis ini sangat naif, sangat fragile, sangat halus jiwanya biar kelihatan luarannya tenang dan teguh. 

"Kalau kawan Aniq sakitkan hati Aniq, kasitau Tria. Biar Tria tumbuk diaorang". Teringat sewaktu aku menceritakan kepada Tria gurauan rakan sekerja sewaktu hari lahirku.
"Eleh tangan kecik je macam tangan adik i hahaha".
"Ala u ni!" Tria mencubitku dan kami ketawa bersama-sama. Kini semuanya dalam lipatan sejarah.

Aku memperlahankan sedikit langkahku, membiarkan Tria membuntutiku dalam jarak dekat.
"Masuk kedai sana kejap". Aku menunjuk ke arah kedai di seberang jalan. Tria hanya mengikuti langkahku. Tria memberi isyarat untuk hanya tunggu di luar. Aku mengangguk dan terus ke dalam kedai. 5 minit selepas itu aku keluar semula.

"Tak adalah"
"Aniq cari apa?"
"Keropok durian"
"Kita try kedai lainlah kalau gitu?"
"Takpelah, lain kali je. Lagipun kedai ni je yang jual keropok durian yang kita tengok haritu kan?"
"Takpelah, next time kalau Tria datang sini Tria belikan u ye?"
"Takpelah, it's okay. Tria taknak beli apa-apa?"
Tria geleng kepala.

"Tria nak beli payung".

Titik-titik hujan mulai menjamah tubuh kami. Awan gelap mula bersatu menjadi payung alam. Dengan sekelip mata hujan turun mencurah-curah. Kami berteduh di kedai kek dan menyaksikan pengunjung-pengunjung jalan ini yang berlari-lari mencari tempat berteduh. Aku menunujuk ke arah sebuah kedai yang menjual payung dikerumuni ramai orang. Tria mengangguk dan air mukanya kelihatan sedikit gembira. Jalan ini tidak pernah sunyi dari kunjungan dan lawatan. Deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata dan hasil kraftangan menjadikan ianya pusat tumpuan bagi yang berkunjung ke daerah ini. Dahulu kami selalu ke sini, menonton pelbagai ragam manusia, menikmati seni pemandangan dan perasaan yang membawa kami ke dunia lain dari kebiasaan. Di sini ada pelbagai jenis makanan, budaya dan hasil tangan yang tidak didapati di tempat lain. Jika ada pun, harga dan mutu hasil tangannya jauh berbeza. Kami sepakat berlari ke kedai menjual payung dan Tria gembira memilih payung sederhana besar yang disukainya. Hujan semakin lebat.

Aku membuka payung, memeluk bahu Tria agar dekat denganku. Tria seakan kaku, cuma menurut dan meletakkan tangan kirinya di belakang pinggangku. Di bawah payung ini, dengan hujan yang menderas laju kami berjalan seiringan. Saat paling dekat antara tubuhku dan tubuhnya, dengan perasaan mahu melindunginya cuma, dengan kasihku yang masih mendalam aku berdoa kepada Tuhan agar gadis ini tetap tabah dan dipertemukan dengan insan yang lebih baik dariku yang dapat menjaga dan menyayanginya sekali gus mencintainya seikhlas hati. 

Dalam deru hujan yang menggila aku melihat wajahnya dibasahi runtuhan air mata yang sama laju dengan hujan rahmat Tuhan. Tria memeluk pinggangku erat dengan kedua belah tangannya. Aku mengerti, sangat mengerti perasaan gadis ini. Demi Tuhan, aku juga menyayangimu.

Tuesday 30 October 2012

Cameo


Fail-fail dihempas dan dilambakkan di hadapanku. Aku kutip batang-batang pen yang terjatuh ke bawah meja dek hempasan yang secara tiba-tiba itu. Sambil membetulkan kaca mata, aku kuakkan rambut yang menutupi separuh dahiku sambil membuntuti lenggok lancar Dhea yang sambil-sambil menoleh ke arahku berserta jelingan yang mendalam. Sipi, tajam, marah. Ya, aku seperti dapat mengagak ada sesuatu yang membuatkan Dhea bertindak sedemikian rupa. Kukerutkan dahi sebaik kelibat Dhea hilang dari pandangan. Yang tinggal hanyalah haruman Burberry Body. Wangi. Bahu ditepuk.

"Terjelupuk tengok fail tu buatpa? Tu marka hang tu, masuk hantu kaa?" Faiz, rakan sepejabat ketawa sambil berlalu bersama secawan nescafe.

Aku susun fail yang berselerakan di atas meja. Ku kerling jam di pergelangan tangan, "Baru pukul 10".
"Jangan jumpa I lagi, jangan ambik tahu pasal I nak lunch dengan siapa ke, tea break ke, supper dengan siapa ke, jangan, jangan, I benci U!"

Tiba-tiba sahaja Dhea ada di belakangku yang diwaktu itu aku lihat seperti singa betina bunting yang kelaparan. Kecut!

"Kenapa ni Dhea? Slow sikit, kan kat pejabat ni" Aku cuba memujuk lembut dengan harapan Dhea akan tenang sedikit.

"Sudahlah, I tau siapa U sekarang. Jangan jumpa I lagi, sakit hati tau tak!" Dhea beredar deras. Mak aih berpeluh-peluh aku. Aku menghempas punggung ke kerusi, termangu-mangu dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Jang o jang, apa hang dah buat? Ha-ha" Faiz bersuara.

"Aku pun tak taula, ini first time kena camni ni"

"Romeo must die punya kes la ni hahaha" Faiz ke pantry sambil membasuh mug.
"Wey, aku girlfriend pun takdak tau. Hang jangan main gila" Aku separuh berbisik tapi sengaja kutinggikan sedikit nada suaraku.

"Takdak girlfriend la tabur ayat sana-sini. Haaa hang kutipla balik hahaha" Faiz berlalu sambil melambaikan biskut Marie kepadaku. Ceh, tak guna punya kawan. Aku diam.

Aku cuba berkenalan, cuba mencari keserasian. Jika sikap mengambil berat dan berlembut terhadap wanita ini dikatakan aku cuba menjadi hero, atau dalam kata lainnya aku dilihat seperti bermulut manis, baiklah aku akan terus senyap.

"12 perempuan semua lu nak, mana boleh bro. Kasila gua ejas sorang dua mana tau ada jodoh, makan nasik beriani free lu nanti" Afwan bersuara sebaik meletakkan gagang telefon.

"Tunang kau tu? Aku juih bibir ke telefon di atas meja Afwan.

"Inilah nasib kita, lelaki perkasa" Afwan ketawa, menyambung sambil membuat aksi seperti Mr. Universe.

Aku geleng kepala.

Bayangan Leia, senyumnya, manjanya terbayang dan lagu Mithali Cinta terus berkumandang di corong radio.


Aku berhenti menaip. Watak lelaki, watak perempuan, bezanya di mana?

Sunday 14 October 2012

Kekal

kau

Mereka yang datang dan pergi adalah sebagai suatu pelajaran buat aku, ataupun kenangan. Jika mereka berkehendakkan kekal, dengan izin Allah maka mereka tetap setia di situ. Kehadiranmu, kuibaratkan seperti cahaya pagi yang menembusi kamar gelapku, embun dinginku kau senantiasa di sisi. Aku harap kau terus di sini menemani aku dalam jasad jelasmu....

Wednesday 10 October 2012

my routine

i am having trouble trying to sleep,
i am counting sheep but running out,
as time thick by,
and still i try,
past the point of delirium...
my eyes feel like they gonna bleed, 
my mind are set all overdrive..

Monday 8 October 2012

chapter 2

Why should my fun have to end,
for me it`s only the beginning,
i see my friends begin to age,
a short countdown to the end.....
call me irresponsible....
call me habitual...
but when you think of me,
do you feel your head with scheme,
better think again cause no one knows......
i don`t want to cause no harm,
but some times my action hurt...
there`s something i should find,
to make plans for forever...
call me irresponsible,
call me habitual,
but when you think of me...
do you feel your head with scheme,
better think again cause no one knows...
God knows...

chapter 1

bila aku pandang,
dinding usang itu.
seolah ilusi,
bukan nyata
tiada warna,
tiada bentuk,
tiada lekuk,
lama...
semakin polos mataku,
yang akhinya menembusi dinding itu,
suara burung,
suara alam,
hampir tengglam dalam delusi,
alam yang entah gembira entah sedih,
hanya aku yang tau,
kawan...
tolong kejutkan aku,
kerana alam yang lain adalah realiti,
walaupun ia berantakan,
ia pasti,
kawan..seandainya aku,
masih memandang dinding itu tembus,
maka aku tidak layak di gelar manusia,
kerana manusia sebenar itu,
harus di uji dengan kepahitan,
aku mahu realiti,
bukan fantasi,
kerana dinding usang itu,
harus ku lihat dengan bentuk,warna dan lekuknya...

Saturday 6 October 2012

Balik Kampung


Habis je kerja aku terus balik kampung. Dah lama aku tak balik, rindu dengan adik-adik.

Emak menghulurkan secawan milo panas kepadaku.

   "Mak ingat Aniq tak balik lagi minggu ni, dah ada makwe ke kat sana?"

Hampir tersedak aku.

    "Taklah mak, sibuk sikit jabatan tengah sibuk dengan event sana-sini. Ayah mana mak?" aku mematikan persoalan mak tentang teman wanita.

"Ayah tu taulah, mana nak ada kat rumah siang-siang gini. Sibuk je memanjang dengan urusan-urusan dia tu. Bukan Aniq tak tau"

    "Berkempen ke?" aku tergelak sambil menjengah ke dalam tudung saji.

"Tak taulah mak apa yang dikempenkannya. Pisang tanduk kat kebun tu kata dah ada pembeli. Eh, Aniq tak pegi makan free MB punye anak kahwin haritu? Sampai masuk tv"

    "Aniq lah urus setia majlis tu mak, sibuk sangat masa tu uruskan majlis, Aniq duduk dalam pejabat je. Masa Siti Nurhaliza nyanyi tu baru Aniq keluar kejap tengok sambil-sambil tinjau keadaan."

Mak memang pantang dengar nama Siti Nurhaliza. Tengah-tengah mengelap pinggan ditinggalkannya sambil pandang muka aku. Hehe.

     "Amboi, Siti ada ke? Mesti ramai orang. Aniq makan apa?"

"Tersangatlah ramai mak. Mak bayangkan, 1 padang belakang tu penuh dengan katering saja. Yang datang tu semua betul-betul makan, ramai yang tapau pakai beg plastik karung segala. Memang makan sahaja lah, tua muda miskin kaya pun ada datang makan sekali. Aniq makan nasi beriani sepinggan je, tak laratlah mak nak berasak-asak"

    "Ye ke?" Aku kira mak tengah membayangkan kesesakan dan kemeriahan pada waktu itu.

"Cantik pengantin?" Mak tanya lagi.

    "Cantiklah mak, raja sehari" Aku ketawa.

"Aniq..." Mak sambung. Aku cepat-cepat melarikan ke depan rumah.

    "Bertuah punya budak. Mak nak tanya sewa kat situ berapa? Nanti Aniq kahwin buat kat sana, dekat dengan Tok Teh!"

"Aniq tak tahu! MB haritu jabatan sponsor tempat, tak payah bayar!" aku jerit dari luar rumah.

    "Aniq keje sana mesti tak payah bayar jugak kan?" Mak datang ke depan rumah dengan tuala kecil di tangan.

"Tunggu anak tersayang mak ni kahwin dengan puteri raja ye mak" aku berseloroh.

    "Kalau Aniq kahwin dengan puteri raja, tak payah mak buat kat sana. Mak teringin nak masuk istana"

Aku gelak kuat-kuat. Aku pegang tangan mak.

    "Aniq ni orang biasa je mak, dapat yang dengar cakap, tau agama, hormat mak, ayah, ada manis sikit pun Aniq dah bersyukur"

"Mak doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Aniq bahagia, mak pun tumpang bahagia"

    "Tak mak. Mak bahagia, adalah kebahagiaan buat Aniq" aku cium tangan mak, aku peluk mak.


Momen itu hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku berhadapan dengan wanita yang paling aku sayang di dunia ini.

Saturday 22 September 2012

bogel


Alhamdulillah, selamat jugak sampai kat rumah ni. Harini aku betul-betul manfaatkan masa rehat setelah 4 hari berseminar di luar daerah. Sepanjang 4 hari ni macam-macam hal aku pelajari. Aku dipertanggung jawabkan oleh ketua jabatan untuk mengendali para peserta serata Malaysia dalam slot Pentadbiran dan Integriti. Isinya tidak susah untuk dikongsi kerana cabaran sebenar bagi aku adalah untuk berhadapan dengan para peserta yang lebih berpengalaman. Memang mencabar!

Aku satu-satunya tenaga pengajar lelaki junior, Tuan Hj. Kassim, Pn. Adila dan Pn. Hanani berbahagi slot masing-masing. Slot aku pada hari pertama 19/9 iaitu slot pertama dan kedua, slot hari terakhir 21/9 slot terakhir. Sebagai pengajar yang masih belajar dan kekurangan ilmu, banyak yang aku pelajari semasa slot yang pertama ini. Slot pertama itu juga membuat aku duduk termenung, terasa kecil dan terasa tak prepare secukupnya sedangkan aku dah bersedia 3 minggu awal. Tuan Hj. Kassim menepuk-nepuk bahu aku semasa waktu minum petang,

"Saya harap generasi baru ini lebih baik dari saya," dia tersenyum.

"Saya pernah peserta keluar kosongkan dewan. Kamu ok lagi," aku ketawa mendengar seloroh Tuan Hj. Kassim.

"Tapi Tuan Haji, mereka seolah-olah mencari kekurangan saya,"

"Kamu persiapkan diri dengan ilmu sahaja tidak cukup. Kamu mesti berkuasa dan menunjukkan power depan audien. No, bukan untuk berbesar-besar. Kamu mesti yakin niat kamu untuk berkongsi ilmu. Manusia biasalah, memang cari silap je," Dia senyum tenang.

Aku hirup teh-o yang hampir sejuk.

Aku dibelasah bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki bercemeti dan berkayu besbol. Riak muka mereka tenang tetapi tindakannya buas. Wajah mereka mengejek kekuranganku, manusia juga yang khilaf seperti mereka. Rayuanku tidak dihiraukan, hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, aku terus dibelasah, dibogelkan, ditonton, dicaci tanpa sempat aku membuka mulut membela diri, tanpa mereka mempedulikan kesan yang aku tanggung. Mereka tidak peduli, asalkan mereka berpuas hati. Mereka terus-terusan tertawa..

Hari ini hari Ahad. Aku mau rehat.

Friday 7 September 2012

foto

Kenapa kita selalu mengaitkan kerja dengan komputer? Yelah nak pasang tayar kereta pun gua komputer, ejas ekon pun guna komputer, menyulam pun pakai komputer. Eh, mungkin mesin? Mesin taip pun boleh dikatakan mesin la kiranya. Mesin ni memudahkan hidup manusia, nak buat keje ape pun jadi cepat, kira berkaitan dengan masa juga. So kat sini mesin yang penting ke masa? Tu pasal agaknya Hiroshi Fujimoto dan Motoo Abiko cipta watak mesin masa dalam katun Doraemon. Kembali ke masa lampau atau masa depan dalam sekelip mata. Penting juga masa lampau ni dalam masa sekarang kita.

"Aku mahu kau jadi masa hadapan aku kerana masa sekarang aku rasa kau bertanggung jawab ke atas masa lampau yang membawa aku kepadamu".

Surat Untuk Awak


Surat untuk awak,
Salam sejahtera makhluk ciptaan Tuhan yang terindah, maaf jika isi kandungan surat ini agak sensitif (saya pun tak pandai sangat kalau istilah sensitif itu menurut awak yang bagaimana) kerana pucuk ceritanya saya cuma ingin bertanya agar saya lebih mengenali awak.

Aduhai wanita..
Benar ke kalau setiap kali datang bulan awak memang menghadapi/menghidapi/ dijangkiti penyakit/sindrom PMS ni? Maaflah bertanya, saya puas mencari hubung kait antara emosi dan nyata tentang sindrom datang bulan ni. Apakah saya sebagai lelaki harus akur dengan tingkah laku awak yang kadang kala tak masuk akal tu dan membiarkan saje? Awak buat sesuka hati dan menyalahkan norma bulanan awak agar dia bertanggung jawab walaupun awak tidak datang bulan? Awak rase saya ni tak ada perasaan? Anggap sahaja saya yang PMS sekarang.

Awak faham kan? :)

p/s-Wanita.. wanita, awak semua memang sukar dimengerti..nasib baik comel..huhu.

Wednesday 5 September 2012

Hari ini

Patah kaki betul aku bila kereta masuk bengkel ni. Nasib baik tempat kerja dekat dengan rumah baru ni. Dah 2 hari aku pegi kerja jalan kaki yang ambik masa lebih kurang 10-15 minit. Pagi-pagi macam ni elok juga sambil-sambil mengeluarkan peluh yang lama tak dikitar. Taman perumahan ni sebenarnya ramai orang melayu yang tinggal, selama 1 minggu pindah ni harini baru aku perasan. Mana taknye, rutin aku pegi keje balik keje, parking kereta terus masuk rumah. Ade anak dara rupanya jiran sebelah aku ni hehe. Terserempak masa saing-saing keluar pintu pagar tadi. Jiran sebelah tu pegawai polis jadi aku tak berani nak tegur gadis tu. Malu-malu sopan je tadi. Eh, hah terlajak pula aku bercerita. Rumah yang kiri aku kosong, belum ada penghuninya, jiran depan rumah pulak cina. Nak keluar tadi bertembung juga dengan nyonya yang kelihatan baru balik berjogging. Huhu bila aku tengok tummy ni rasa nak berjogging juga tapi entahkan bila.
Bila tempat keje dah dekat dengan rumah ni aku terfikir nak mesra alam sikit, aku nak start mengayuh. Kereta dah siap repair nanti aku nak ke kedai basikal. Selama aku memandu ni sikit sebanyak kurang awareness pada keadaan sekeliling dan alam sekitar. Selfish betul aku sebagai penghuni alam ini.
....
Aduhai air-cond office rosak pulak..aniq, aniq..dugaan betul..


fasterla sihat..

Thursday 23 August 2012

Raya 1


Panjang juga cuti seminggu yang aku apply ni. Sengaja aku ambil cuti panjang sikit sebab tahun ni kebanyakan keluarga dari belah mak dan ayah ada di kampung. 2 hari sebelum raya lagi kami sekeluarga dah siap sedia beli barangan untuk ‘makan besar’ kata mak. Akulah yang melayan mak ke pasar dan ke mana-mana sahaja yang diminta. Otak mak ni ligat sikit, dari pintu depan sampai pintu belakang ke hidangan 4 hari raya difikirkan dan dah disenaraikan pun. Aku senyum sahaja tengok list barang-beli mak. Dalam diam aku memuji sifat teliti mak. Kalau harapkan aku dan ayah, tak tahulah apa jadi. Mak kata diam-diam ayah, dia cerewet jugak. Tergelak aku bila mak bisik-bisik macam tu hehe.

Sunday 12 August 2012

kongsi

          "Assalamualaikum Pak Abu" aku menyapa JKK kampung mukim 3. Tangan dihulur.

          "Waalaikumussalam hah kau Aniq, lama tak jumpa. Ada jugak kau harini".

     Aku senyum. Anak Pak Abu, Suryani satu sekolah dengan aku dulu. Kawan rapat. Pernah Pak Abu datang rumah dan bertemu orang tuaku sewaktu kami masih di tingkatan 5, risau orang tua. Suryani telah pun berkahwin dengan 'orang off-shore' menurutnya dan dikurniakan seorang zuriat. Mengimbau cerita lama.

     Seawal pagi dalam pukul 8:00 aku ke masjid berhampiran rumahku di kampung. Ada majlis diambang aidil fitri dan pengagihan sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan anak-anak yatim. Program yang dianjurkan majlis daerah dengan kerja sama penghulu kampung dan ahli jawatan kuasa masjid ini sudah pun masuk tahun yang ke-5. Seramai 46 fakir miskin dan 14 orang anak yatim di kampung mukim 3 ini bakal menerima sumbangan. Dalam pukul 9  pagi kelengkapan dan peralatan telah pun disediakan untuk kelancaran majlis. Majlis bermula dalam pukul 10:00 pagi.

     En. Mohd Reza b Abd Rahman, sebagai penghulu kampung mukim 3 merasmikan majlis dan dibantu oleh penolong pegawai daerah, Y.B.En. Yusof b Ahmad.  2 kampit beras seorang berserta wang tunai RM150 untuk fakir miskin dan RM100 diagihkan kepada anak yatim juga bubur lambuk sebagai bekal untuk berbuka puasa.


   Tersentuh hati kecil aku melihat kesusahan mereka yang tidak bernasib baik. Dalam sedar aku bersyukur dan menginsafi diri betapa beruntungnya aku yang kadang kala terlupa dengan nikmat yang Allah beri, kesihatan, keluarga, masa lapang, harta benda. Kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka tatkala sumbangan diterima menambah sayu di hati aku. Ya Allah, betapa kami bersyukur di bawah rahmatmu masih ada yang prihatin terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini, semoga kau murahkan rezeki mereka dalam kasih sayangmu. Dalam aku menghulurkan bubur lambuk kepada JKK masjid, tak putus aku memuji kebesaran Illahi, terasa kecilnya diri ini.


     Sebelum pulang aku sengaja meluangkan masa memandu sambil melewati rumah-rumah di kampung mukim 3 ini. Suasana hari raya itu semakin hampir, rumah kecil, besar, tinggi, rendah semuanya sepakat menyambut kemenangan yang bakal menjelma. Syukur, syukur ya Rabbi Tuhan seisi alam.

Saturday 11 August 2012

mak

Hari ini aku di kampung. Cuti 2 hari ni aku manfaatkan untuk pulang dan menjengah persiapan keluarga. Bulan depan dah nak kena pindah rumah, home owner kasitau last minute. Nasib baik ade gap sebulan, kalau tak mana nak cari rumah sewa dekat-dekat tempat kerja tu. Mujurlah sempat. Di gedung beli belah ini lagu- lagu raya mula berkumandang, kegiatan-kegiatan jual beli riuh dalam suasana yang gembira menyambut syawal yang tinggal tak kurang dari 7 hari lagi. 


"Aniq tak payah beli langsir, langsir lama-lama banyak dalam gobok tu"
"Taklah mak, ni untuk pintu depan rumah kita tu.."
"Tak payah, Yati dah ada kainnya mak tinggal jahit je. Untuk rumah baru Aniq pun mak dah ada bahannya."


Mak, aku lihat dah ke depan belek-belek set meja makan.


"Ayah Long, Tok Mak kata kuih pun tak payah beli sebab petang ni kitorang nak shopping barang buat kuih!" anak saudaraku, Hidayah yang berusia 7 tahun kelihatan gembira sambil meluru ke lokasi mak.

Pin!Pin!

"Hakim, alihkan kereta kau ke garaj. Lori nak masuk"



Mak, ayah, keluargaku, harta sedunia tidak dapat lagi membayar pengorbanan dan kasih sayangmu.

Friday 10 August 2012

teman lillahitaala

Tipu sangatlah kalau aku kata aku tak ada teman wanita. Ya, nama pun teman wanita jadi memang teman sahajalah. Yang halal tu, belum lagi. Steady girlfriend pun tak ada juga, bukan memilih cuma buat masa ni aku nak fokus pada kerjaya dulu. Aku pun takut juga nak serius sangat dan bagi harapan kat perempuan ni..takut juga salah cakap. Fragile betul jiwa mereka ni. Takut jugak aku nak ambik risiko. Tak adalah juga aku keluar berpeleseran dengan semua kawan perempuan aku, nanti dicop playboy pula haha. Setakat keluar makan tu adalah dan teman kala membeli-belah.

Cuma kalau ada yang aku berkenan di hati nanti, aku kenalkan terus dengan mak ayah. Kalau aku tak berani datang seorang, aku bawak rombongan, barulah gentleman. Hehe.

Habis konservatif rupanya seorang Aniq :)

4

Petang tadi aku ke bazaar ramadhan. Ini kali ke 2 aku turun padang cari makanan untuk berbuka. Biasanya aku beli bahan mentah dan masak sendiri saja cuma kali ni tak sempat nak masak. Sibuk kerja, lupa nak balik. Makan sendiri ni tak susah sangat nak  pilih juadah, nasi dan 1 jenis lauk pun dah ok. Lainlah kalau ada orang rumah. Terdengar perbualan brader kat sebelah aku tadi dengan orang rumah dia,

"Awak nak beli lauk ke ape ni? murtabak pulak? mana nak cari kfc kat bazaar ni, nak kene singgah bandar pulak!"

Haiii la bulan penuh rahmat dan kesabaran, penat sang suami pulang dari kerja pesan macam-macam pula. Kesian dengan brader tu tadi, nampak dia menunggang motosikal sambil menjinjit bungkusan makanan yang sarat ditangan.

Perempuan kalau bab makan, kalah kita ni. Tak mengapa, asalkan habis dimakan dan tidak membazir ;)

Thursday 9 August 2012

Puteri Selat Melaka


Dalam payah kau mengukir senyuman
Terlihat keikhlasan dari anak matamu
Entah apa yang kau selindungkan dalam benak sana..
Hayunan langkah nan deras
Jari jemari yang ligat menari
Kibasan rambut ditiup angin selat melaka
Apakah dapat aku meneka
Yang sebenarnya di hatimu?

Dalam lagu kau nyanyikan
Kisah dongeng kau ceritakan
Aku dapat merasakan
Keegoan jasad, kekerasan hati
Imbasan budi agar aku pergi jauh dari sisimu.

Duhai puteri, jangan kau mahu sendiri lagi..

oh wanita


Orang kata kalau nak mengurat anak dara orang, kena mengurat mak dia dulu.

Masalahnya aku tak pernah kenal mak dia. Rumah dia aku tau lah. Kalau ikut saranan Ustaz Azhar Idrus, bagi salam je, jumpa orang tua dia, nyatakan hajat dan tengok kesudian. Tak berani pulak aku cuba cara tu.

Aku tengok dia sombong je. Tak banyak cakap. Aku jadi kekok nak berbual-bual. Cuma satu je aku tak berapa berkenan kat dia ni; emo tak tentu hala. Tapi aku tetap suka dia. Lama dah aku suka dia. Tapi dia suka aku ke tak?

Orang kata kalau nak tahu silsilah keturunan dan personaliti seseorang, tanya kawan yang paling rapat dengan dia.


Orang kata..

Wednesday 8 August 2012

hiburan


*ketuk-ketuk*

Radio lama memang macam ni. Signal pun kena sambung wayar gantung kat tempat tinggi sikit baru jelas. Masuk semut kot? Ah banyak lagi benda yang aku perlu fikirkan daripada mengadap radio ni.

Bzzzzt. Off.

Lalalala…

Boring pulak.

*ketuk-ketuk*

Hee. Ada juga pemecah sunyi. Ade depan tapi duduk diam buat apa. Baik aku sakit telinga dari ditemani sepi malam.



Kita takkan kenal siapa-siapa yang bukan sebumbung.