Monday 17 December 2012

Kerja


Apa yang ditimbal balik dalam sesebuah presentation adalah isi kandungannya. Ya, cara penyampaian adalah ibarat pembuka selera bagi memupuk minat audien agar 'hang' sehingga ke akhir pembentangan. Selepas itu barulah diwujudkan Q n A untuk memperjelaskan lagi pemahaman tentang sesuatu idea itu.
Sekilas pandang, isi atau matlamat adalah jauh lebih penting daripada selainnya tetapi cara penyampaian, malah si penyampai turut memainkan peranan besar dalam mengumpul merit. Mukadimah, cara berpakaian, bahasa yang digunakan, tutur kata dan kelajuan, contoh-contoh yang dipersembahkan, isi kertas kerja kadang-kala jatuh nombor dua daripada rupa kertas kerja itu sendiri. Pelan minda jika perlu, warna, gaya, cara..etc..
Sumber : Pembentangan, Penyampaian dan Psikologi Persekitaran; 2011, Dr.S.Razily.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Aku tolak buku ke tepi. Aku tekupkan muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Hujung minggu yang menyesakkan. Tinggal 4 jam lagi untuk masuk ke hari Ahad. Aku ke luar pejabat, mencari kelibat En. Rahman yang memulakan shift pada pukul 7 tadi.

"Eh, En. Aniq tak balik lagi?" sapa En. Rahman yang muncul dari arah bilik Ros 1 sambil melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Berkopiah dan berselipar tandas. Baru lepas solat Isya' mungkin.

Aku menggeleng kepala, "Belum En. Rahman" balasku sambil tersenyum.

"Tak balik kampung lagi ke minggu ni?" soalnya lagi sambil mengerutkan dahi, memerhatikan riak gelisah dan keletihan di wajahku.

"Patutnya balik, tengoklah kalau siap dah kerja tu nanti saya terus balik lah"

En. Rahman cuma mengangguk.

"Oh ya En. Rahman, ada nampak Cik Kalisa dengan En. Zairi tak?"

"Oh katanya pergi beli makan tadi?"

"Ha'ah ye tapi dah dekat sejam ni"

"Mungkin ramai orang kedai tu maklumlah malam minggu. Eh En. Aniq kalau balik kampung nanti jangan lupa rempah mi bandung ya, orang rumah pesan 1 kotak" balas En. Rahman lagi.

"Ha ha yelah En. Rahman InsyaAllah. Saya ke surau dululah ye"

"Ha yelah, eloklah tu dah 9 lebih ni. Nanti kalau diorang dah balik saya intercom pejabat jelah" balas En. Rahman dalam loghat Jawa yang pekat.

"Ok terima kasih En. Rahman"

Bebanan kerja, sendirian, misi yang pelbagai, jauh dari keluarga biarpun jarak yang cuma 2 jam perjalanan, hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk keluarga, tidak termasuk desakan rakan-rakan lagi. Aku berperang dengan diri sendiri. Belum ada masa lagi untuk memikirkan tentang teman hidup. Aku harus mengukuhkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum semuanya. Tanggung jawab, atas dasar tanggung jawab. Sepi itu ada, indahnya jika berkongsi hidup tetapi..ahh..tiada siapa pun yang mengerti.

"Allahuakhbar"

Sesibuk mana pun.