Showing posts with label akuaniq. Show all posts
Showing posts with label akuaniq. Show all posts

Friday, 2 August 2013

Permudahkanlah

Romantik, lelaki alpha abad ini, hehe. Aku tak percaya apa yang rakan-rakan rumuskan tentang diriku biarpun aku tidak mampu untuk merumuskan diri sendiri. Sesungguhnya peribadi Rasulullah S.A.W adalah yang amat aku kagumi. Aku cuba mencontohi pekerti beliau, menghormati wanita misalnya, menjaga adab ketika bersama-sama rakan-rakan misalnya, mencuba menjadi seorang yang penyayang misalnya, sentiasa melemparkan senyuman dan wajah ceria misalnya, menunjukkan wajah gembira biarpun dilanda masalah agar orang sekeliling berasa selesa dengan kita, misalnya.

Aku ketinggalan zaman? Menjaga sensitiviti itu perbuatan yang konservatif? Dalam hal yang berkaitan dengan adat dan adab, sering kali ibu bapa yang dipersalahkan dalam mencorak peri laku anak-anak mereka walhal masing-masing dah besar panjang. Hehe.

Aniq Anarqi. Ya, itu nama aku. I respect the idea, I respect other peoples' point of view but most of the time I respect myself more and always believe in myself and what I do.

"Biarkan apa orang nak kata, tin kosong memang bising bunyinya. Permudahkanlah dirimu dalam menangani segala"

Itu yang mak selalu pesan.

:)

Monday, 17 December 2012

Kerja


Apa yang ditimbal balik dalam sesebuah presentation adalah isi kandungannya. Ya, cara penyampaian adalah ibarat pembuka selera bagi memupuk minat audien agar 'hang' sehingga ke akhir pembentangan. Selepas itu barulah diwujudkan Q n A untuk memperjelaskan lagi pemahaman tentang sesuatu idea itu.
Sekilas pandang, isi atau matlamat adalah jauh lebih penting daripada selainnya tetapi cara penyampaian, malah si penyampai turut memainkan peranan besar dalam mengumpul merit. Mukadimah, cara berpakaian, bahasa yang digunakan, tutur kata dan kelajuan, contoh-contoh yang dipersembahkan, isi kertas kerja kadang-kala jatuh nombor dua daripada rupa kertas kerja itu sendiri. Pelan minda jika perlu, warna, gaya, cara..etc..
Sumber : Pembentangan, Penyampaian dan Psikologi Persekitaran; 2011, Dr.S.Razily.

Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang.

Aku tolak buku ke tepi. Aku tekupkan muka dengan kedua-dua belah tapak tangan. Hujung minggu yang menyesakkan. Tinggal 4 jam lagi untuk masuk ke hari Ahad. Aku ke luar pejabat, mencari kelibat En. Rahman yang memulakan shift pada pukul 7 tadi.

"Eh, En. Aniq tak balik lagi?" sapa En. Rahman yang muncul dari arah bilik Ros 1 sambil melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Berkopiah dan berselipar tandas. Baru lepas solat Isya' mungkin.

Aku menggeleng kepala, "Belum En. Rahman" balasku sambil tersenyum.

"Tak balik kampung lagi ke minggu ni?" soalnya lagi sambil mengerutkan dahi, memerhatikan riak gelisah dan keletihan di wajahku.

"Patutnya balik, tengoklah kalau siap dah kerja tu nanti saya terus balik lah"

En. Rahman cuma mengangguk.

"Oh ya En. Rahman, ada nampak Cik Kalisa dengan En. Zairi tak?"

"Oh katanya pergi beli makan tadi?"

"Ha'ah ye tapi dah dekat sejam ni"

"Mungkin ramai orang kedai tu maklumlah malam minggu. Eh En. Aniq kalau balik kampung nanti jangan lupa rempah mi bandung ya, orang rumah pesan 1 kotak" balas En. Rahman lagi.

"Ha ha yelah En. Rahman InsyaAllah. Saya ke surau dululah ye"

"Ha yelah, eloklah tu dah 9 lebih ni. Nanti kalau diorang dah balik saya intercom pejabat jelah" balas En. Rahman dalam loghat Jawa yang pekat.

"Ok terima kasih En. Rahman"

Bebanan kerja, sendirian, misi yang pelbagai, jauh dari keluarga biarpun jarak yang cuma 2 jam perjalanan, hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk keluarga, tidak termasuk desakan rakan-rakan lagi. Aku berperang dengan diri sendiri. Belum ada masa lagi untuk memikirkan tentang teman hidup. Aku harus mengukuhkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum semuanya. Tanggung jawab, atas dasar tanggung jawab. Sepi itu ada, indahnya jika berkongsi hidup tetapi..ahh..tiada siapa pun yang mengerti.

"Allahuakhbar"

Sesibuk mana pun.

Saturday, 22 September 2012

bogel


Alhamdulillah, selamat jugak sampai kat rumah ni. Harini aku betul-betul manfaatkan masa rehat setelah 4 hari berseminar di luar daerah. Sepanjang 4 hari ni macam-macam hal aku pelajari. Aku dipertanggung jawabkan oleh ketua jabatan untuk mengendali para peserta serata Malaysia dalam slot Pentadbiran dan Integriti. Isinya tidak susah untuk dikongsi kerana cabaran sebenar bagi aku adalah untuk berhadapan dengan para peserta yang lebih berpengalaman. Memang mencabar!

Aku satu-satunya tenaga pengajar lelaki junior, Tuan Hj. Kassim, Pn. Adila dan Pn. Hanani berbahagi slot masing-masing. Slot aku pada hari pertama 19/9 iaitu slot pertama dan kedua, slot hari terakhir 21/9 slot terakhir. Sebagai pengajar yang masih belajar dan kekurangan ilmu, banyak yang aku pelajari semasa slot yang pertama ini. Slot pertama itu juga membuat aku duduk termenung, terasa kecil dan terasa tak prepare secukupnya sedangkan aku dah bersedia 3 minggu awal. Tuan Hj. Kassim menepuk-nepuk bahu aku semasa waktu minum petang,

"Saya harap generasi baru ini lebih baik dari saya," dia tersenyum.

"Saya pernah peserta keluar kosongkan dewan. Kamu ok lagi," aku ketawa mendengar seloroh Tuan Hj. Kassim.

"Tapi Tuan Haji, mereka seolah-olah mencari kekurangan saya,"

"Kamu persiapkan diri dengan ilmu sahaja tidak cukup. Kamu mesti berkuasa dan menunjukkan power depan audien. No, bukan untuk berbesar-besar. Kamu mesti yakin niat kamu untuk berkongsi ilmu. Manusia biasalah, memang cari silap je," Dia senyum tenang.

Aku hirup teh-o yang hampir sejuk.

Aku dibelasah bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki bercemeti dan berkayu besbol. Riak muka mereka tenang tetapi tindakannya buas. Wajah mereka mengejek kekuranganku, manusia juga yang khilaf seperti mereka. Rayuanku tidak dihiraukan, hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, aku terus dibelasah, dibogelkan, ditonton, dicaci tanpa sempat aku membuka mulut membela diri, tanpa mereka mempedulikan kesan yang aku tanggung. Mereka tidak peduli, asalkan mereka berpuas hati. Mereka terus-terusan tertawa..

Hari ini hari Ahad. Aku mau rehat.

Friday, 10 August 2012

teman lillahitaala

Tipu sangatlah kalau aku kata aku tak ada teman wanita. Ya, nama pun teman wanita jadi memang teman sahajalah. Yang halal tu, belum lagi. Steady girlfriend pun tak ada juga, bukan memilih cuma buat masa ni aku nak fokus pada kerjaya dulu. Aku pun takut juga nak serius sangat dan bagi harapan kat perempuan ni..takut juga salah cakap. Fragile betul jiwa mereka ni. Takut jugak aku nak ambik risiko. Tak adalah juga aku keluar berpeleseran dengan semua kawan perempuan aku, nanti dicop playboy pula haha. Setakat keluar makan tu adalah dan teman kala membeli-belah.

Cuma kalau ada yang aku berkenan di hati nanti, aku kenalkan terus dengan mak ayah. Kalau aku tak berani datang seorang, aku bawak rombongan, barulah gentleman. Hehe.

Habis konservatif rupanya seorang Aniq :)

Wednesday, 8 August 2012

hiburan


*ketuk-ketuk*

Radio lama memang macam ni. Signal pun kena sambung wayar gantung kat tempat tinggi sikit baru jelas. Masuk semut kot? Ah banyak lagi benda yang aku perlu fikirkan daripada mengadap radio ni.

Bzzzzt. Off.

Lalalala…

Boring pulak.

*ketuk-ketuk*

Hee. Ada juga pemecah sunyi. Ade depan tapi duduk diam buat apa. Baik aku sakit telinga dari ditemani sepi malam.



Kita takkan kenal siapa-siapa yang bukan sebumbung.