Monday 19 August 2013

Bersepah

aku lihat
kepingan foto,
bersepah di lantai bilik,
mengingatkan memori masa kita dulu,
dulu...
sekarang,
aku rasa terlupa untuk hidup,
semua lagu telah terpadam,
buka masa lalu dan sekarang,
lagu bercerita dan aku mendengar,
buka masa sekarang dan kita di sini..
foto bercerita..
kita dan memori yang mendengar.





tidak tenang chapter 13




Friday 2 August 2013

Permudahkanlah

Romantik, lelaki alpha abad ini, hehe. Aku tak percaya apa yang rakan-rakan rumuskan tentang diriku biarpun aku tidak mampu untuk merumuskan diri sendiri. Sesungguhnya peribadi Rasulullah S.A.W adalah yang amat aku kagumi. Aku cuba mencontohi pekerti beliau, menghormati wanita misalnya, menjaga adab ketika bersama-sama rakan-rakan misalnya, mencuba menjadi seorang yang penyayang misalnya, sentiasa melemparkan senyuman dan wajah ceria misalnya, menunjukkan wajah gembira biarpun dilanda masalah agar orang sekeliling berasa selesa dengan kita, misalnya.

Aku ketinggalan zaman? Menjaga sensitiviti itu perbuatan yang konservatif? Dalam hal yang berkaitan dengan adat dan adab, sering kali ibu bapa yang dipersalahkan dalam mencorak peri laku anak-anak mereka walhal masing-masing dah besar panjang. Hehe.

Aniq Anarqi. Ya, itu nama aku. I respect the idea, I respect other peoples' point of view but most of the time I respect myself more and always believe in myself and what I do.

"Biarkan apa orang nak kata, tin kosong memang bising bunyinya. Permudahkanlah dirimu dalam menangani segala"

Itu yang mak selalu pesan.

:)

Wednesday 17 July 2013

Anisah

"Cukup ke ni mak? Ramai ni"

"Cukup, mak ada masak nasi jagung buat tambah-tambah"

Nasi beriani 3 bungkus, ayam 3 ketul, bihun soto 2 bungkus, kuih keria 1 pinggan, nasi ayam 1 bungkus. Aku mencongak-congak.

"11 orang" termasuk Mak Teh, Pak Teh dan 2 orang anak perempuan mereka yang masing-masing berumur 4 dan 5 tahun. Nak je aku lari kejap ke pasar ramadhan tapi dah pukul 7 pulak.

"Macam tak cukup je mak? Abang goreng telur ya?"
"Tak payah Aniq, cukup ni. Ramai orang lagi banyak rezeki Allah bagi. Cukup, InsyaAllah" mak jawab tenang bila melihatkan aku yang kerisauan. Aku sedikit lega mendengar penjelasan mak.

"Dah boleh tuang air" aku memberi arahan kepada adik perempuanku, Yati.

"Dah! Dah bunyi siren!" Afiq, adik bongsuku yang berusia 11 tahun berlari-lari dari halaman rumah.

"Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma lakasumna, wabika amanna birohmatikaya arhamarrohimin. Allahumma bariklana fima rozaktana wakina aza bannar".



"Assalamualaikum!" Anisah, sepupuku datang bersama-sama suami.

"Waalaikumussalam. Masuklah cepat, dah waktu ni" ayah menyahut.

"Kurma dulu, kurma" Mak mengingatkan ayah. Tergelak aku melihat kemeriahan waktu itu.

"Icah bawak nasi kerabu dengan ayam golek ni"

Mak aii banyaknya makanan. Detik hatiku tatkala terlihatkan bungkusan yang dibimbit Anisah dan suaminya.

"Alhamdulillah..dah meh duduk buka dulu" mak membalas gembira.

Aku senyum sambil memandang mak. Betul cakap mak. Alhamdulillah.

lepas

Dalam aku dilanda pelbagai rintangan dan dugaan dihadirkan aku kau yang comel buat pengisi kekosongan. Biarlah aku berterus-terang, sudah-sudahlah dengan permainan kita ini. Aku telah sampai ke penghujung dan aku mengalah. Lebih baik kita mencorakkan masa depan yang terbentang di depan mata kita ini.

3 helai surat berdakwat biru yang bergrafik aku selukkan ke poket belakang. Aku cuba bangun dan menyatakan ini bukan mimpi. Aku tak mampu menyongsang kenyataan. Aku berseluar tanpa poket dengan handphone di tangan. Aku terlalu rindu.

-Aniq 14/08/12-

Sunday 23 June 2013