Tuesday 30 October 2012

Cameo


Fail-fail dihempas dan dilambakkan di hadapanku. Aku kutip batang-batang pen yang terjatuh ke bawah meja dek hempasan yang secara tiba-tiba itu. Sambil membetulkan kaca mata, aku kuakkan rambut yang menutupi separuh dahiku sambil membuntuti lenggok lancar Dhea yang sambil-sambil menoleh ke arahku berserta jelingan yang mendalam. Sipi, tajam, marah. Ya, aku seperti dapat mengagak ada sesuatu yang membuatkan Dhea bertindak sedemikian rupa. Kukerutkan dahi sebaik kelibat Dhea hilang dari pandangan. Yang tinggal hanyalah haruman Burberry Body. Wangi. Bahu ditepuk.

"Terjelupuk tengok fail tu buatpa? Tu marka hang tu, masuk hantu kaa?" Faiz, rakan sepejabat ketawa sambil berlalu bersama secawan nescafe.

Aku susun fail yang berselerakan di atas meja. Ku kerling jam di pergelangan tangan, "Baru pukul 10".
"Jangan jumpa I lagi, jangan ambik tahu pasal I nak lunch dengan siapa ke, tea break ke, supper dengan siapa ke, jangan, jangan, I benci U!"

Tiba-tiba sahaja Dhea ada di belakangku yang diwaktu itu aku lihat seperti singa betina bunting yang kelaparan. Kecut!

"Kenapa ni Dhea? Slow sikit, kan kat pejabat ni" Aku cuba memujuk lembut dengan harapan Dhea akan tenang sedikit.

"Sudahlah, I tau siapa U sekarang. Jangan jumpa I lagi, sakit hati tau tak!" Dhea beredar deras. Mak aih berpeluh-peluh aku. Aku menghempas punggung ke kerusi, termangu-mangu dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

"Jang o jang, apa hang dah buat? Ha-ha" Faiz bersuara.

"Aku pun tak taula, ini first time kena camni ni"

"Romeo must die punya kes la ni hahaha" Faiz ke pantry sambil membasuh mug.
"Wey, aku girlfriend pun takdak tau. Hang jangan main gila" Aku separuh berbisik tapi sengaja kutinggikan sedikit nada suaraku.

"Takdak girlfriend la tabur ayat sana-sini. Haaa hang kutipla balik hahaha" Faiz berlalu sambil melambaikan biskut Marie kepadaku. Ceh, tak guna punya kawan. Aku diam.

Aku cuba berkenalan, cuba mencari keserasian. Jika sikap mengambil berat dan berlembut terhadap wanita ini dikatakan aku cuba menjadi hero, atau dalam kata lainnya aku dilihat seperti bermulut manis, baiklah aku akan terus senyap.

"12 perempuan semua lu nak, mana boleh bro. Kasila gua ejas sorang dua mana tau ada jodoh, makan nasik beriani free lu nanti" Afwan bersuara sebaik meletakkan gagang telefon.

"Tunang kau tu? Aku juih bibir ke telefon di atas meja Afwan.

"Inilah nasib kita, lelaki perkasa" Afwan ketawa, menyambung sambil membuat aksi seperti Mr. Universe.

Aku geleng kepala.

Bayangan Leia, senyumnya, manjanya terbayang dan lagu Mithali Cinta terus berkumandang di corong radio.


Aku berhenti menaip. Watak lelaki, watak perempuan, bezanya di mana?

No comments:

Post a Comment