Saturday 22 September 2012

bogel


Alhamdulillah, selamat jugak sampai kat rumah ni. Harini aku betul-betul manfaatkan masa rehat setelah 4 hari berseminar di luar daerah. Sepanjang 4 hari ni macam-macam hal aku pelajari. Aku dipertanggung jawabkan oleh ketua jabatan untuk mengendali para peserta serata Malaysia dalam slot Pentadbiran dan Integriti. Isinya tidak susah untuk dikongsi kerana cabaran sebenar bagi aku adalah untuk berhadapan dengan para peserta yang lebih berpengalaman. Memang mencabar!

Aku satu-satunya tenaga pengajar lelaki junior, Tuan Hj. Kassim, Pn. Adila dan Pn. Hanani berbahagi slot masing-masing. Slot aku pada hari pertama 19/9 iaitu slot pertama dan kedua, slot hari terakhir 21/9 slot terakhir. Sebagai pengajar yang masih belajar dan kekurangan ilmu, banyak yang aku pelajari semasa slot yang pertama ini. Slot pertama itu juga membuat aku duduk termenung, terasa kecil dan terasa tak prepare secukupnya sedangkan aku dah bersedia 3 minggu awal. Tuan Hj. Kassim menepuk-nepuk bahu aku semasa waktu minum petang,

"Saya harap generasi baru ini lebih baik dari saya," dia tersenyum.

"Saya pernah peserta keluar kosongkan dewan. Kamu ok lagi," aku ketawa mendengar seloroh Tuan Hj. Kassim.

"Tapi Tuan Haji, mereka seolah-olah mencari kekurangan saya,"

"Kamu persiapkan diri dengan ilmu sahaja tidak cukup. Kamu mesti berkuasa dan menunjukkan power depan audien. No, bukan untuk berbesar-besar. Kamu mesti yakin niat kamu untuk berkongsi ilmu. Manusia biasalah, memang cari silap je," Dia senyum tenang.

Aku hirup teh-o yang hampir sejuk.

Aku dibelasah bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki bercemeti dan berkayu besbol. Riak muka mereka tenang tetapi tindakannya buas. Wajah mereka mengejek kekuranganku, manusia juga yang khilaf seperti mereka. Rayuanku tidak dihiraukan, hilangnya nilai-nilai kemanusiaan, aku terus dibelasah, dibogelkan, ditonton, dicaci tanpa sempat aku membuka mulut membela diri, tanpa mereka mempedulikan kesan yang aku tanggung. Mereka tidak peduli, asalkan mereka berpuas hati. Mereka terus-terusan tertawa..

Hari ini hari Ahad. Aku mau rehat.

No comments:

Post a Comment