Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Saturday, 6 October 2012

Balik Kampung


Habis je kerja aku terus balik kampung. Dah lama aku tak balik, rindu dengan adik-adik.

Emak menghulurkan secawan milo panas kepadaku.

   "Mak ingat Aniq tak balik lagi minggu ni, dah ada makwe ke kat sana?"

Hampir tersedak aku.

    "Taklah mak, sibuk sikit jabatan tengah sibuk dengan event sana-sini. Ayah mana mak?" aku mematikan persoalan mak tentang teman wanita.

"Ayah tu taulah, mana nak ada kat rumah siang-siang gini. Sibuk je memanjang dengan urusan-urusan dia tu. Bukan Aniq tak tau"

    "Berkempen ke?" aku tergelak sambil menjengah ke dalam tudung saji.

"Tak taulah mak apa yang dikempenkannya. Pisang tanduk kat kebun tu kata dah ada pembeli. Eh, Aniq tak pegi makan free MB punye anak kahwin haritu? Sampai masuk tv"

    "Aniq lah urus setia majlis tu mak, sibuk sangat masa tu uruskan majlis, Aniq duduk dalam pejabat je. Masa Siti Nurhaliza nyanyi tu baru Aniq keluar kejap tengok sambil-sambil tinjau keadaan."

Mak memang pantang dengar nama Siti Nurhaliza. Tengah-tengah mengelap pinggan ditinggalkannya sambil pandang muka aku. Hehe.

     "Amboi, Siti ada ke? Mesti ramai orang. Aniq makan apa?"

"Tersangatlah ramai mak. Mak bayangkan, 1 padang belakang tu penuh dengan katering saja. Yang datang tu semua betul-betul makan, ramai yang tapau pakai beg plastik karung segala. Memang makan sahaja lah, tua muda miskin kaya pun ada datang makan sekali. Aniq makan nasi beriani sepinggan je, tak laratlah mak nak berasak-asak"

    "Ye ke?" Aku kira mak tengah membayangkan kesesakan dan kemeriahan pada waktu itu.

"Cantik pengantin?" Mak tanya lagi.

    "Cantiklah mak, raja sehari" Aku ketawa.

"Aniq..." Mak sambung. Aku cepat-cepat melarikan ke depan rumah.

    "Bertuah punya budak. Mak nak tanya sewa kat situ berapa? Nanti Aniq kahwin buat kat sana, dekat dengan Tok Teh!"

"Aniq tak tahu! MB haritu jabatan sponsor tempat, tak payah bayar!" aku jerit dari luar rumah.

    "Aniq keje sana mesti tak payah bayar jugak kan?" Mak datang ke depan rumah dengan tuala kecil di tangan.

"Tunggu anak tersayang mak ni kahwin dengan puteri raja ye mak" aku berseloroh.

    "Kalau Aniq kahwin dengan puteri raja, tak payah mak buat kat sana. Mak teringin nak masuk istana"

Aku gelak kuat-kuat. Aku pegang tangan mak.

    "Aniq ni orang biasa je mak, dapat yang dengar cakap, tau agama, hormat mak, ayah, ada manis sikit pun Aniq dah bersyukur"

"Mak doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Aniq bahagia, mak pun tumpang bahagia"

    "Tak mak. Mak bahagia, adalah kebahagiaan buat Aniq" aku cium tangan mak, aku peluk mak.


Momen itu hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku berhadapan dengan wanita yang paling aku sayang di dunia ini.

Saturday, 11 August 2012

mak

Hari ini aku di kampung. Cuti 2 hari ni aku manfaatkan untuk pulang dan menjengah persiapan keluarga. Bulan depan dah nak kena pindah rumah, home owner kasitau last minute. Nasib baik ade gap sebulan, kalau tak mana nak cari rumah sewa dekat-dekat tempat kerja tu. Mujurlah sempat. Di gedung beli belah ini lagu- lagu raya mula berkumandang, kegiatan-kegiatan jual beli riuh dalam suasana yang gembira menyambut syawal yang tinggal tak kurang dari 7 hari lagi. 


"Aniq tak payah beli langsir, langsir lama-lama banyak dalam gobok tu"
"Taklah mak, ni untuk pintu depan rumah kita tu.."
"Tak payah, Yati dah ada kainnya mak tinggal jahit je. Untuk rumah baru Aniq pun mak dah ada bahannya."


Mak, aku lihat dah ke depan belek-belek set meja makan.


"Ayah Long, Tok Mak kata kuih pun tak payah beli sebab petang ni kitorang nak shopping barang buat kuih!" anak saudaraku, Hidayah yang berusia 7 tahun kelihatan gembira sambil meluru ke lokasi mak.

Pin!Pin!

"Hakim, alihkan kereta kau ke garaj. Lori nak masuk"



Mak, ayah, keluargaku, harta sedunia tidak dapat lagi membayar pengorbanan dan kasih sayangmu.