Panjang juga cuti seminggu yang
aku apply ni. Sengaja aku ambil cuti panjang sikit sebab tahun ni kebanyakan
keluarga dari belah mak dan ayah ada di kampung. 2 hari sebelum raya lagi kami
sekeluarga dah siap sedia beli barangan untuk ‘makan besar’ kata mak. Akulah yang
melayan mak ke pasar dan ke mana-mana sahaja yang diminta. Otak mak ni ligat
sikit, dari pintu depan sampai pintu belakang ke hidangan 4 hari raya
difikirkan dan dah disenaraikan pun. Aku senyum sahaja tengok list barang-beli
mak. Dalam diam aku memuji sifat teliti mak. Kalau harapkan aku dan ayah, tak
tahulah apa jadi. Mak kata diam-diam ayah, dia cerewet jugak. Tergelak aku bila
mak bisik-bisik macam tu hehe.
Thursday, 23 August 2012
Sunday, 12 August 2012
kongsi
"Assalamualaikum Pak Abu" aku menyapa JKK kampung mukim 3. Tangan dihulur.
"Waalaikumussalam hah kau Aniq, lama tak jumpa. Ada jugak kau harini".
Aku senyum. Anak Pak Abu, Suryani satu sekolah dengan aku dulu. Kawan rapat. Pernah Pak Abu datang rumah dan bertemu orang tuaku sewaktu kami masih di tingkatan 5, risau orang tua. Suryani telah pun berkahwin dengan 'orang off-shore' menurutnya dan dikurniakan seorang zuriat. Mengimbau cerita lama.
Seawal pagi dalam pukul 8:00 aku ke masjid berhampiran rumahku di kampung. Ada majlis diambang aidil fitri dan pengagihan sumbangan kepada golongan yang tidak berkemampuan dan anak-anak yatim. Program yang dianjurkan majlis daerah dengan kerja sama penghulu kampung dan ahli jawatan kuasa masjid ini sudah pun masuk tahun yang ke-5. Seramai 46 fakir miskin dan 14 orang anak yatim di kampung mukim 3 ini bakal menerima sumbangan. Dalam pukul 9 pagi kelengkapan dan peralatan telah pun disediakan untuk kelancaran majlis. Majlis bermula dalam pukul 10:00 pagi.
Tersentuh hati kecil aku melihat kesusahan mereka yang tidak bernasib baik. Dalam sedar aku bersyukur dan menginsafi diri betapa beruntungnya aku yang kadang kala terlupa dengan nikmat yang Allah beri, kesihatan, keluarga, masa lapang, harta benda. Kegembiraan yang terpancar dari wajah mereka tatkala sumbangan diterima menambah sayu di hati aku. Ya Allah, betapa kami bersyukur di bawah rahmatmu masih ada yang prihatin terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini, semoga kau murahkan rezeki mereka dalam kasih sayangmu. Dalam aku menghulurkan bubur lambuk kepada JKK masjid, tak putus aku memuji kebesaran Illahi, terasa kecilnya diri ini.
Sebelum pulang aku sengaja meluangkan masa memandu sambil melewati rumah-rumah di kampung mukim 3 ini. Suasana hari raya itu semakin hampir, rumah kecil, besar, tinggi, rendah semuanya sepakat menyambut kemenangan yang bakal menjelma. Syukur, syukur ya Rabbi Tuhan seisi alam.
Saturday, 11 August 2012
mak
Hari ini aku di kampung. Cuti 2 hari ni aku manfaatkan untuk pulang dan menjengah persiapan keluarga. Bulan depan dah nak kena pindah rumah, home owner kasitau last minute. Nasib baik ade gap sebulan, kalau tak mana nak cari rumah sewa dekat-dekat tempat kerja tu. Mujurlah sempat. Di gedung beli belah ini lagu- lagu raya mula berkumandang, kegiatan-kegiatan jual beli riuh dalam suasana yang gembira menyambut syawal yang tinggal tak kurang dari 7 hari lagi.
"Aniq tak payah beli langsir, langsir lama-lama banyak dalam gobok tu"
"Taklah mak, ni untuk pintu depan rumah kita tu.."
"Tak payah, Yati dah ada kainnya mak tinggal jahit je. Untuk rumah baru Aniq pun mak dah ada bahannya."
Mak, aku lihat dah ke depan belek-belek set meja makan.
"Ayah Long, Tok Mak kata kuih pun tak payah beli sebab petang ni kitorang nak shopping barang buat kuih!" anak saudaraku, Hidayah yang berusia 7 tahun kelihatan gembira sambil meluru ke lokasi mak.
Pin!Pin!
"Hakim, alihkan kereta kau ke garaj. Lori nak masuk"
Mak, ayah, keluargaku, harta sedunia tidak dapat lagi membayar pengorbanan dan kasih sayangmu.
Friday, 10 August 2012
teman lillahitaala
Tipu sangatlah kalau aku kata aku tak ada teman wanita. Ya, nama pun
teman wanita jadi memang teman sahajalah. Yang halal tu, belum lagi.
Steady girlfriend pun tak ada juga, bukan memilih cuma buat masa ni aku
nak fokus pada kerjaya dulu. Aku pun takut juga nak serius sangat dan
bagi harapan kat perempuan ni..takut juga salah cakap. Fragile betul
jiwa mereka ni. Takut jugak aku nak ambik risiko. Tak adalah juga aku
keluar berpeleseran dengan semua kawan perempuan aku, nanti dicop playboy
pula haha. Setakat keluar makan tu adalah dan teman kala membeli-belah.
Cuma kalau ada yang aku berkenan di hati nanti, aku kenalkan terus dengan mak ayah. Kalau aku tak berani datang seorang, aku bawak rombongan, barulah gentleman. Hehe.
Habis konservatif rupanya seorang Aniq :)
Cuma kalau ada yang aku berkenan di hati nanti, aku kenalkan terus dengan mak ayah. Kalau aku tak berani datang seorang, aku bawak rombongan, barulah gentleman. Hehe.
Habis konservatif rupanya seorang Aniq :)
4
Petang tadi aku ke bazaar ramadhan. Ini kali ke 2 aku turun padang cari
makanan untuk berbuka. Biasanya aku beli bahan mentah dan masak sendiri
saja cuma kali ni tak sempat nak masak. Sibuk kerja, lupa nak balik.
Makan sendiri ni tak susah sangat nak pilih juadah, nasi dan 1 jenis
lauk pun dah ok. Lainlah kalau ada orang rumah. Terdengar perbualan
brader kat sebelah aku tadi dengan orang rumah dia,
"Awak nak
beli lauk ke ape ni? murtabak pulak? mana nak cari kfc kat bazaar ni, nak
kene singgah bandar pulak!"
Haiii la bulan penuh rahmat dan kesabaran, penat sang suami pulang dari kerja pesan macam-macam pula. Kesian dengan brader tu tadi, nampak dia menunggang motosikal sambil menjinjit bungkusan makanan yang sarat ditangan.
Perempuan kalau bab makan, kalah kita ni. Tak mengapa, asalkan habis dimakan dan tidak membazir ;)
Haiii la bulan penuh rahmat dan kesabaran, penat sang suami pulang dari kerja pesan macam-macam pula. Kesian dengan brader tu tadi, nampak dia menunggang motosikal sambil menjinjit bungkusan makanan yang sarat ditangan.
Perempuan kalau bab makan, kalah kita ni. Tak mengapa, asalkan habis dimakan dan tidak membazir ;)
Thursday, 9 August 2012
Puteri Selat Melaka
Dalam payah kau mengukir senyuman
Terlihat keikhlasan dari anak matamu
Entah apa yang kau selindungkan dalam benak sana..
Hayunan langkah nan deras
Jari jemari yang ligat menari
Kibasan rambut ditiup angin selat melaka
Apakah dapat aku meneka
Yang sebenarnya di hatimu?
Dalam lagu kau nyanyikan
Kisah dongeng kau ceritakan
Aku dapat merasakan
Keegoan jasad, kekerasan hati
Imbasan budi agar aku pergi jauh dari sisimu.
Duhai puteri, jangan kau mahu sendiri lagi..
oh wanita
Orang kata kalau nak mengurat
anak dara orang, kena mengurat mak dia dulu.
Masalahnya aku tak pernah kenal
mak dia. Rumah dia aku tau lah. Kalau ikut saranan Ustaz Azhar Idrus, bagi
salam je, jumpa orang tua dia, nyatakan hajat dan tengok kesudian. Tak berani
pulak aku cuba cara tu.
Aku tengok dia sombong je. Tak
banyak cakap. Aku jadi kekok nak berbual-bual. Cuma satu je aku tak berapa berkenan
kat dia ni; emo tak tentu hala. Tapi aku tetap suka dia. Lama dah aku suka dia.
Tapi dia suka aku ke tak?
Orang kata kalau nak tahu
silsilah keturunan dan personaliti seseorang, tanya kawan yang paling rapat
dengan dia.
Orang kata..
Wednesday, 8 August 2012
hiburan
*ketuk-ketuk*
Radio lama memang macam ni.
Signal pun kena sambung wayar gantung kat tempat tinggi sikit baru jelas. Masuk
semut kot? Ah banyak lagi benda yang aku perlu fikirkan daripada mengadap radio
ni.
Bzzzzt. Off.
Lalalala…
Boring pulak.
*ketuk-ketuk*
Hee. Ada juga pemecah sunyi. Ade
depan tapi duduk diam buat apa. Baik aku sakit telinga dari ditemani sepi
malam.
Kita takkan kenal siapa-siapa
yang bukan sebumbung.
Subscribe to:
Posts (Atom)